Monday 24 June 2013

Hadith-Hadith Sugi

1. Dari Ibnu Umar Radiyallahu Anhu , dia berkata :
    "Tidaklah Rasulullah .s.a.w. tidur , melainkan siwak/bersugi ada di samping beliau . Manakala bangun tidur , beliau lansung bersiwak". (HR. al-Bukhori)

    2. Dari Abu Hurairah RA. , dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. , bersabda :
    "Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap hendak mengerjakan solat". (HR. al-Bukhori & Muslim)

    3. Dari Hudzaifah RA. dia berakata :
    "Apabila Nabi Sallalahu A'laihi Wassalam bangun malam (untuk mengerjakan Shalat), beliau membersihkan mulutnya dengan siwak/bersugi". (HR. Al-Bukhori & Muslim)

    4. Dari Abu Musa al-A'syaari RA, dia berkata :
    "Aku menemui Nabi .s.a.w. yang saat itu sedang membersihkan giginya dengan siwak basah ", Abu Musa Al-A'syaari RA melanjutkan :"Hujung siwak itu berada atas lidahnya . (Tiba-tiba,) beliau (mengadu kesakitan) :'Uhhh..'Uhhhh..',sementara siwak masih dalam mulutnya , seakan-akan beliau ingin muntah".
    (HR.al-Bukhori & Muslim)

    5. Dari Saidatina Aisyah Radiyallahu Anhu , dia berkata :

     Mafhumnya :"Abdurrahman bin Abu Bakr masuk menemui Nabi .s.a.w.,sementara beliau tengah bersandar di dadaku . Saat itu, 'Abdurrahman membawa siwak basah untuk membersihkan giginya . Mata beliau pun tidak lepas melihat siwak 'Abdurrahman '.Kemudian aku mengambil siwak , lalu aku menggigit & membersihkannya ,(dengan air) , lantas aku memberikannya kepada beliau . Beliau pun kemudian menyikat giginya dengan siwak itu ; aku sama sekali belum pernah melihat beliau menyikat gigi dengan cara yang lebih baik daripada saat ini". Dalam lafazh nya yang lain :"Kemudian aku melihat Nabi .s.a.w. melihat siwak Abdurrahman ; aku baru menyedari bahawa beliau menyukai siwak . Lantas , aku bertanya kepada beliau :'Apakah aku (boleh) mengambilkan siwak untukmu?'Beliau memberi isyarat dengan anggukan kepada tanda mengiyakannya".
    (HR.Al-Bukhori ).

    6. Dari Abi Hurairah Radiyallahu Anhu , dari Rasulullah .s.a.w. beliau bersabda :

    "Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka agar bersiwak saat setiap kali mereka berwudhu". (HR: Al-Bukhori)

    7. Daripada Aisyah Radiyallahu Anhu ; dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :
    "Siwak/Bersugi itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah Azzawajalla".
    (HR: Al-Bukhori)

    8. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

        “Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang     dengan tidak bersugi“.
    (HR Muslim)  


    9. Dari Aisyah r.a.h.
    “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya".
    (HR Baihaqi)

    No comments:

    Post a Comment