Di sini saya mohon kongsikan perbualan soal jawab berkenaan hal Niqab/Purdah yang dirakamkan dengan guru pondok saya, Ustazah Wan Ummu Atiah.
Saya: Mengapa Muslimah pakai Niqab/Purdah? Adakah ia wajib?
Guru: Jika mengikut Qaul Muktamad, aurat wanita dgn lelaki asing/bukan mahram adalah seluruh tubuh. Jadi jika kita ikut qaul muktamad, wajiblah menutup aurat termasuk muka (berniqab penuh termasuk dahi) dan wajib juga bersarung tangan selain anggota lain yang biasa kita tutup.
Saya: Oh? Tapi ramai kalangan Muslimah yang berniqab separuh (tidak tutup dahi), tidak bersarung tangan kan? Yang itu bagaimana pula?
Guru: Itu bukan kerana menurut Qaul Muktamad aurat wanita. Mereka masih ikut qaul Mahsyur iaitu aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Tapi mereka berniqab pula kerana menurut sunnah Ummahatul Mukminin (isteri-isteri) Nabi SAW yang memakai Niqab/Purdah kerana menjaga penghormatan yang telah diberi.
Saya: Maksudnya?
Guru: Maksudnya isteri-isteri Nabi SAW telah diangkat darjat mereka sebagai ibu kepada kaum Muslimin. Jadi apabila mereka berniqab, mereka menjaga penghormatan yang telah diberi. Dari situ juga kita boleh faham, wanita yang berniqab lebih dimuliakan. Lagi pun menurut riwayat, tiada siapa yang dapat mengecam (kenal) wajah isteri-isteri Nabi. Jadi, berniqab untuk mengelakkan orang mengecam (kenal) wajah kita juga adalah sunat kerana mengikut sunnah isteri- isteri Nabi SAW.
Saya: Ohhhhh... baru saya faham. Kalau kita ikut Qaul Muktamad, kena berniqab dan bersarung tangan. Kalau berniqab kerana ikut sunnah, tidak mengapalah walaupun tidak bersarung tangan kan? Jadi kena betulkan niatlah kalau nak berniqab ni ya?
Guru: Ya. Kena ada ilmu dan beramal dengan ilmu. Barulah dikira ibadah dan berpahala. :)
Saya: SubhanAllah. Alhamdulillah. :)
No comments:
Post a Comment