Showing posts with label Amalan dengan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Amalan dengan Ilmu. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Niqab/Purdah?

Di sini saya mohon kongsikan perbualan soal jawab berkenaan hal Niqab/Purdah yang dirakamkan dengan guru pondok saya, Ustazah Wan Ummu Atiah.

Saya: Mengapa Muslimah pakai Niqab/Purdah? Adakah ia wajib?

Guru: Jika mengikut Qaul Muktamad, aurat wanita dgn lelaki asing/bukan mahram adalah seluruh tubuh. Jadi jika kita ikut qaul muktamad, wajiblah menutup aurat termasuk muka (berniqab penuh termasuk dahi) dan wajib juga bersarung tangan selain anggota lain yang biasa kita tutup.

Saya: Oh? Tapi ramai kalangan Muslimah yang berniqab separuh (tidak tutup dahi), tidak bersarung tangan kan? Yang itu bagaimana pula?

Guru:  Itu bukan kerana menurut Qaul Muktamad aurat wanita. Mereka masih ikut qaul Mahsyur iaitu aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Tapi mereka berniqab pula kerana menurut sunnah Ummahatul Mukminin (isteri-isteri) Nabi SAW yang memakai Niqab/Purdah kerana menjaga penghormatan yang telah diberi. 

Saya:  Maksudnya?

Guru: Maksudnya isteri-isteri Nabi SAW telah diangkat darjat mereka sebagai ibu kepada kaum Muslimin. Jadi apabila mereka berniqab, mereka menjaga penghormatan yang telah diberi. Dari situ juga kita boleh faham, wanita yang berniqab lebih dimuliakan. Lagi pun menurut riwayat, tiada siapa yang dapat mengecam (kenal) wajah isteri-isteri Nabi. Jadi, berniqab untuk mengelakkan orang mengecam (kenal) wajah kita juga adalah sunat kerana mengikut sunnah isteri- isteri Nabi SAW.

Saya: Ohhhhh... baru saya faham. Kalau kita ikut Qaul Muktamad, kena berniqab dan bersarung tangan. Kalau berniqab kerana ikut sunnah, tidak mengapalah walaupun tidak bersarung tangan kan? Jadi kena betulkan niatlah kalau nak berniqab ni ya?

Guru: Ya. Kena ada ilmu dan beramal dengan ilmu. Barulah dikira ibadah dan berpahala. :)

Saya: SubhanAllah. Alhamdulillah. :)

Monday, 24 June 2013

Fadhilat Bersugi

Kelebihan-kelebihan sugi:
  • Mencantikkan wajah
  • Mengharumkan mulut
  • Mencerahkan penglihatan
  • Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman
  • Memerdukan suara
  • Memfasihkan percakapan
  • Memperhiaskan solat
  • Menghilangkan rasa mengantuk
  • Mendapat keredhaan Allah SWT
  • Malaikat berbangga atau Malaikat memuji orang bersugi
  • Menguatkan minda
  • Mencerahkan mata
  • Menghimpun segala kebaikan
  • Dapat menambahkan akal
  • Melambatkan tumbuh uban
  • Dapat menggandakan pahala.
  • Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal

  1. Al-Imam An-Nanawi Rahimahullah menyebutkan dalam Syarh Muslimnya : 
Disunnahkan memakai siwak setiap waktu , lebih-lebih pada liwa waktu berikut .
(1) Ketika hendak mengerjakan Shalat ;
(2) Ketika hendak berwudhu' (sebelum membersihkan tangan dan juga berkumur)
(3) Ketika hendak membaca al-Quran (sebelum membacanya)
(4) Ketika baru bangun tidur ; 
(5) Ketika mulut berbau disebabkan beberapa hal misalnya lama tidak makan & minum , makan sesuatu yang berbau yang tidak sedap misalnya (bawang/halia) dan lama tidak berbicara/bercakap (diam) selalu dan juga orang yang banyak bercakap dan juga selalu berbicara .

(2/146 , halaman 57 Kitab تتحول السنة المنسية)) 


2. Al-A'llamah Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata:

"Hendaknya ketika menggunakan siwak/bersugi diawali dengan niat ((melaksanakan tuntutan Nabi .s.a.w.)) . Penggunaan siwak secara berlebihan akan mendapat wap yang naik dan kotoran , Adapun seimbang penggunaan Siwak akan menguatkan lapisan gigi , membuat lidah lancar ketika berbicara , mencegah gigi dari berlubang , menghilangkan bau mulut , membersihkan perjalanan darah ke otak , dan membuat nafsu makan bertambah .

(Kitab nya Za'adul Ma'ad (4/322-323))


3.  Al-A'llamah Ibnu Al-U'thaymin mengatakan dalam Fatwanya:

"Hendaknya seseorang mencuci dan membersihkan siwaknya ,"

Kemudian dia , menyebutkan hadith  Aisyah RA. yang disebutkan sebelumnya. Lalu dia melanjutkan perkataannya,
"Dalam hadith tersebut terdapat dalil yang menganjurkan (kita) agar selalu menjaga kebersihan siwak. Tidak seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan orang saat ini, yang bersiwak tanpa membersihkan siwaknya, sehingga kotorannya pun bertompok-tompok terkena pada siwak. Akhirnya, bukan kebersihan dan kesihan gigi yang didapat, namun kekotoran yang selalu bertambah di giginya ".

Hadith-Hadith Sugi

1. Dari Ibnu Umar Radiyallahu Anhu , dia berkata :
    "Tidaklah Rasulullah .s.a.w. tidur , melainkan siwak/bersugi ada di samping beliau . Manakala bangun tidur , beliau lansung bersiwak". (HR. al-Bukhori)

    2. Dari Abu Hurairah RA. , dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. , bersabda :
    "Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap hendak mengerjakan solat". (HR. al-Bukhori & Muslim)

    3. Dari Hudzaifah RA. dia berakata :
    "Apabila Nabi Sallalahu A'laihi Wassalam bangun malam (untuk mengerjakan Shalat), beliau membersihkan mulutnya dengan siwak/bersugi". (HR. Al-Bukhori & Muslim)

    4. Dari Abu Musa al-A'syaari RA, dia berkata :
    "Aku menemui Nabi .s.a.w. yang saat itu sedang membersihkan giginya dengan siwak basah ", Abu Musa Al-A'syaari RA melanjutkan :"Hujung siwak itu berada atas lidahnya . (Tiba-tiba,) beliau (mengadu kesakitan) :'Uhhh..'Uhhhh..',sementara siwak masih dalam mulutnya , seakan-akan beliau ingin muntah".
    (HR.al-Bukhori & Muslim)

    5. Dari Saidatina Aisyah Radiyallahu Anhu , dia berkata :

     Mafhumnya :"Abdurrahman bin Abu Bakr masuk menemui Nabi .s.a.w.,sementara beliau tengah bersandar di dadaku . Saat itu, 'Abdurrahman membawa siwak basah untuk membersihkan giginya . Mata beliau pun tidak lepas melihat siwak 'Abdurrahman '.Kemudian aku mengambil siwak , lalu aku menggigit & membersihkannya ,(dengan air) , lantas aku memberikannya kepada beliau . Beliau pun kemudian menyikat giginya dengan siwak itu ; aku sama sekali belum pernah melihat beliau menyikat gigi dengan cara yang lebih baik daripada saat ini". Dalam lafazh nya yang lain :"Kemudian aku melihat Nabi .s.a.w. melihat siwak Abdurrahman ; aku baru menyedari bahawa beliau menyukai siwak . Lantas , aku bertanya kepada beliau :'Apakah aku (boleh) mengambilkan siwak untukmu?'Beliau memberi isyarat dengan anggukan kepada tanda mengiyakannya".
    (HR.Al-Bukhori ).

    6. Dari Abi Hurairah Radiyallahu Anhu , dari Rasulullah .s.a.w. beliau bersabda :

    "Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka agar bersiwak saat setiap kali mereka berwudhu". (HR: Al-Bukhori)

    7. Daripada Aisyah Radiyallahu Anhu ; dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :
    "Siwak/Bersugi itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah Azzawajalla".
    (HR: Al-Bukhori)

    8. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

        “Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang     dengan tidak bersugi“.
    (HR Muslim)  


    9. Dari Aisyah r.a.h.
    “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya".
    (HR Baihaqi)

    Sunday, 23 June 2013

    Amali Tayammum

    Untuk panduan kita bersama. Moga bermanfaat..

    Sila klik: Amali Tayammum
    Oleh Ustaz Abdul Kadir, Pondok Pasir Tumboh

    Aurat Wanita dan Tabarruj

    Untuk perhatian dan panduan Muslimin dan Muslimat sekalian..





    Untuk layari pilihan pakaian menutup aurat serta tidak tabarruj, 
    sila klik: